Selasa, 08 November 2011

Mujahidah

Mujahidah sejati
Bukan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah yg permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketakwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeda kerana diasuh iman dan takwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah surya menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah Aisyah Fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Alloh
Cuma Amal yang membedakan
Wanita solehah di sisi Alloh

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia berbahaya jangan dibiarkan ia bertakhta dalam diri
Dengan dosa-dosa

Mujahidah sejati
Takkan pernah menyerah saat ia terjatuh
Takkan pernah terlena oleh dunia yang fana
Takkan pernah tersesat karna telah memiliki Al-Qur'an

Mujahidah sejati
Bangkitlah karena kitalah tiang agama
Berlarilah karena kita telah tertinggal jauh dari Ilmu Agama
Jangan biarkan kita kalah oleh dunia fatamorgana
Kita sambut syurga abadi nan kekal


Tidak ada komentar:

Posting Komentar